Skye Faerie

Like A Fairy Tale

4 Juadah Warung Yang Sangat Dirindui Pada Musim PKP

Selepas akak cuba resepi ayam paprik yang agak menarik semalam, teringat pula bila kita semua boleh melepak di warung dan gerai sebelum wabak ini melanda. Memang tak boleh nak dinafikan lagi ada beberapa lauk yang ada feel bila makan di warung, dan ayam paprik semalam adalah salah satu daripadanya.

Sebab kes Covid-19 melarat semula, kita semua terpaksa duduk rumah pada PKP 3.0. Jadi nak pergi makan di warung pun sudah jadi salah satu aktiviti yang sangat dirindui. Sudah lama tak merasa suasana riuh dan riang di kedai makan apabila kita dikelilingi keluarga dan sahabat yang makan bersama-sama.

Selain suasana yang meriah, akak juga memang rindu sangat dengan macam-macam lauk yang kita boleh order di warung. Rasa menjamu selera lauk-pauk ini dengan nasi memang syok sangat. Mari akak kongsi juadah warung yang tak sah kalau tak pesan.

Bagaimana pula dengan anda? Apa lauk yang anda selalu pesan kalau makan di warung?

Tom Yam

Tom yam citarasa tempatan ada jenis berbeza-beza. Ada tom yam yang pekat, cair, merah, putih, dan ada juga tom yam yang kami suka sebab tahap kepedasannya yang mengancam. Yang paling penting, akak dan suami ingat setiap jenis tom yam yang disediakan daripada warung yang berbeza-beza. Boleh ikut sahaja selera tekak nak makan yang mana.

Tom yam yang kami selalu pesan ialah tom yam campur. Gaulan daging, ayam dan makanan laut dengan kuah tom yam masam-masam pedas memang syok dengan nasi panas-panas. Makan tom yam dengan nasi sahaja dah mencukupi. Kalau nak lauk sampingan, kami pesan sahaja telur dadar bawang untuk dinikmati bersama-sama.

Sup Ekor

Jenis ekor yang kami paling suka ialah ekor lembu yang berlemak. Sup ekor ini memang dah jadi kegilaan suami. Sebab kami suka pesan satu sahaja lauk berkuah, kadang-kadang kena berebut sama ada nak order tom yam ataupun sup ekor. Keenakan daging empuk di bahagian ekor lembu memang sedap, lebih-lebih lagi apabila dihirup bersama sup panas dan berempah yang enak.

Ikan Siakap Masam Manis

Lauk ini sangat syok sebab ikan yang digoreng rangup dan disaluti tumisan pelbagai sayur dalam sos masam manis yang enak. Bila dihidang panas-panas, ikan siakap masam manis ini memang menjadi pilihan utama keluarga. Rasa juadah ini yang agak manis memang sesuai dengan anak-anak yang kurang makan pedas. Sesetengah warung memang hidang lauk ini dengan periuk yang berapi. Bila pesanan tiba di meja, ikan yang masih panas memang nampak meriah dan amat menyelerakan.

Maggi MY

Ayam Paprik

Kalau nak hidangan paling sempoi, ayam papriklah yang akan menjadi pilihan kami. Hidangan ini sangat mudah dan tak terlalu mengenyangkan, sesuai dengan selera tekak semua orang. Isi ayam yang dipotong kecil disalut dengan kuah pedas manis dan sayur-sayuran memang merupakan satu sajian yang memuaskan hati.

Lebih menarik lagi, resepi paprik ayam yang akak baru cuba ini memang mudah, jadi tak perlu ke warung untuk ubat rindu makanan gerai seperti ini.

Bahan-Bahan Paprik Ayam Sempoi

  • 6g bawang merah
  • 4 sudu besar minyak jagung
  • 12g bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 tangkai serai
  • 2 keping daun limau purut
  • 30g pes cili
  • 500g dada ayam
  • 1 sudu besar sos tiram MAGGI®
  • 125g bawang Holland
  • 50g bunga kobis
  • 50g lobak merah
  • 50g jagung muda
  • 50g kacang panjang
  • 2 sudu besar sos cili MAGGI®
  • 2 sudu besar sos tomato MAGGI®
  • 2 sudu besar sos tiram MAGGI®
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 118ml air

Cara Penyediaan

  1. Perap dada ayam dengan sos tiram MAGGI®.
  2. Tumis wangi bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun limau purut
  3. Masukkan pes cili dan tumis seketika.
  4. Masukkan ayam yang telah diperap dengan sos tiram MAGGI®.
  5. Seterusnya, masukkan bawang Holland, kobis bunga, jagung muda, lobak merah dan kacang panjang.
  6. Masukkan campuran semua sos, kicap dan air.
  7. Biar seketika dengan api perlahan dan kacau rata.
  8. Hidangkan dengan nasi ketika masih panas.

Hasil

Tanpa cara atau ramuan yang melecehkan, sepinggan resepi ayam paprik yang mudah dapat disediakan. Suami dan anak-anak semua berpuas hati dengan hidangan ini. Sementara tak boleh makan di kedai, bolehlah jadikan lauk paprik ini sebagai penawar rindu untuk keluar.

Untuk lebih banyak resepi menarik, layari sahaja https://www.maggi.my/ms/resipi dan mula masak sekarang.